Tular Foto bersama Wan Sharmila Ini Penjelasan Ibu Shuib

Tular Foto bersama Wan Sharmila Ini Penjelasan Ibu Shuib

Tular Foto bersama Wan Sharmila Ini Penjelasan Ibu Shuib.Sebelum ini, ibu kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu iaitu Amy Salmi telah memuat naik beberapa keping gambar di laman media sosial miliknya memaparkan pelakon, Wan Sharmila.

Menerusi hantaran tersebut, Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala dilihat begitu mesra bersama keluarga terutama ibu Shuib ketika berada di majlis tahlil Allahyarmah Siti Sarah.

Malah, Amy turut menulis kapsyen berterima kasih kepada Wan Sharmila kerana melayaninya sepanjang majlis berlangsung selain menggelarkan dirinya sebagai ‘mama‘ kepada pelakon itu.

Bagaimanapun, kapsyen yang ditulis Amy itu telah mengundang persoalan rata-rata netizen mengenai status hubungan Shuib dengan Wan Sharmila kerana ramai yang tidak henti-henti mengucapkan tahniah.

Tampil menjawab segala kekeliruan, Amy menjelaskan mengenai maksud disebalik kapsyen yang ditulisnya itu.

Saya sebenarnya peminat Wan Sharmila, gembira dapat berjumpa dia. Tentang bakal menantu seperti yang digembar-gemburkan itu saya serahkan segalanya kepada Allah.

Namun, selepas genap setahun pemergian menantunya Siti Sarah Raissuddin, dia mengakui tidak menolak sekiranya anaknya itu bertemu jodoh kelak kerana lebih mementingkan kebahagian anak dan cucu-cucunya.

Soal jodoh siapalah kita hendak menghalang. Yang pergi tetap akan pergi, yang masih hidup kena teruskan. Siapa yang tidak mahu tengok anak bahagia…

Baca :Pengulas hilang ayat selepas kamera dihalakan kepada sumandak Ini

Artikel ini disiarkan pada 11/08/2022

COMMENTS

Wordpress (0)