Tular jurulatih tampar pemain remaja, berdepan tindakan tegas

Tular jurulatih tampar pemain remaja, berdepan tindakan tegas

Tular jurulatih tampar pemain remaja, berdepan tindakan tegas.

Tindakan tegas harus diambil terhadap seorang jurulatih lelaki kerana menampar dua pemain perempuan bimbingannya, pada satu kejohanan bola tampar yang rakamannya tular dalam media sosial.

Timbalan Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY), Young Syefura Othman, menegaskan jurulatih itu tidak berhak untuk mengasari pemain terbabit yang juga remaja perempuan bawah umur.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius perlakuan jurulatih itu yang dipercayai menampar pemain terbabit semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan.

“Saya memandang serius insiden seorang jurulatih lelaki dewasa skuad bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka yang menampar dua pemainnya berikutan prestasi tidak memuaskan pada satu kejohanan di Johor, Disember lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, malam tadi.

Young Syefura yang juga Ahli Parlimen Bentong menekankan, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan perlu dihentikan segera daripada menjadi budaya dalam mana-mana cabang sukan.

“Kekerasan tidak menjamin prestasi cemerlang seseorang atlet, malah akan memberi tekanan yang akhirnya memberi impak kepada mental pemain terbabit.

“Sukan adalah bidang yang sihat. Kita tidak boleh membiarkan budaya begini menular dalam bidang sukan,” katanya.

Beliau berkata, jurulatih berkenaan sepatutnya menerima sebarang keputusan dengan terbuka, dan menjadikan ia panduan untuk melatih serta mengenal pasti kelemahan pasukan.

“Jika seorang jurulatih tidak boleh mengawal emosi dan tidak boleh menjadi profesional terhadap anak didiknya, beliau tidak layak untuk menjadi jurulatih,” katanya.

Dalam pada itu, Young Syefura turut berterima kasih atas keprihatinan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang segera menghubungi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berhubung perkara berkenaan.

Terdahulu, satu rakaman video memaparkan tindakan jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar dua pemainnya, tular dalam media sosial.

Kejadian dipercayai berlaku ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja B-14 (Bawah 14 Tahun) 2022 kategori perempuan pada 16 Disember lalu.

Dalam video disiarkan secara penstriman langsung menerusi Facebook itu, jurulatih pasukan Melaka dilihat menampar dua pemainnya ketika perlawanan menentang Johor.

Susulan itu, Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dilaporkan mengambil tindakan tegas menggantung sementara jurulatih terbabit.

MAVA dalam satu kenyataan, semalam, berkata pihaknya akan menubuhkan jawatankuasa siasatan bagi menyiasat insiden itu dengan segera.

BACA JUGA:

Rakyat Malaysia diperingat tidak terpedaya dengan video TikTok viral 7 berita baik, tegas Fahmi

Shahidan Kassim dakwa Ahli Parlimen PN tidak diberi peruntukan

Ikuti Kisah Harut Marut yang diceritakan di dalam al-Quran

Artikel ini disiarkan pada 02/01/2023

COMMENTS

Wordpress (5)
  • […] Tular jurulatih tampar pemain remaja, berdepan tindakan tegas […]

  • […] Tular jurulatih tampar pemain remaja, berdepan tindakan tegas […]

  • […] Tular jurulatih tampar pemain remaja, berdepan tindakan tegas […]

  • Weifsheks 2 weeks

    Creatinine clearance was calculated using the modified Schwartz formula Length in cm 0 ivermectin prezzo Conceived and designed the experiments AJM PMG PAP

  • Weifsheks 1 week

    Arterial blood pressure was monitored continuously during the experiment what is clomid used for 2005 Jan 14; 229 1 2 119 26