Tular lagi video bergaduh dengan pengawai Imigresen

Tular lagi video bergaduh dengan pengawai Imigresen

Tular lagi video bergaduh dengan pengawai Imigresen.Tular video insiden tegang apabila seorang perempuan didakwa kakitangan Jabatan Imigresen mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang lelaki di kaunter Imigresen Pusat Transformasi Bandar (UTC), Seksyen 14 di sini, baru-baru ini.

Insiden yang tersebar di media sosial itu didakwa berlaku kira-kira jam 8.30 malam 10 Ogos lalu, dipercayai tercetus apabila seorang lelaki mendakwa tidak mendapat layanan sewajarnya ketika ingin membuat pasport.

Difahamkan lelaki tempatan berumur 50 tahun itu sudah membuat laporan polis susulan insiden terbabit di Balai Polis Sri Muda di sini.

Menurut laporan yang tular itu, lelaki terbabit bersama anak-anaknya hadir ke kaunter Imigresen di Kuala Selangor kira-kira jam 3 petang.

Bagaimanapun selepas dimaklumkan sistem tidak berfungsi, lelaki itu kemudian pergi ke kaunter Imigresen di UTC, Seksyen 14 di sini kira-kira jam 4.30 petang hari sama.

Berdasarkan laporan yang dibuat, lelaki itu sekali lagi dimaklumkan sistem angka giliran sudah habis dengan hanya 200 nombor sahaja dikeluarkan sehari di kaunter Imigresen UTC itu.

MUTAKHIR
Benda boleh bincang, tak perlu gaduh! [METROTV]
Ruwaida Md Zain
[email protected]

Shah Alam: Tular video insiden tegang apabila seorang perempuan didakwa kakitangan Jabatan Imigresen mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang lelaki di kaunter Imigresen Pusat Transformasi Bandar (UTC), Seksyen 14 di sini, baru-baru ini.

Insiden yang tersebar di media sosial itu didakwa berlaku kira-kira jam 8.30 malam 10 Ogos lalu, dipercayai tercetus apabila seorang lelaki mendakwa tidak mendapat layanan sewajarnya ketika ingin membuat pasport.

ADVERTISING

Difahamkan lelaki tempatan berumur 50 tahun itu sudah membuat laporan polis susulan insiden terbabit di Balai Polis Sri Muda di sini.

Artikel Berkaitan
• Kesesakan kaunter akibat peningkatan permohonan pasport
• Tengking sebab salah faham nombor giliran
• Video Kak Siti, JIM buat laporan kepada SPRM
• KKM siasat petugas main telefon dan tidur
Menurut laporan yang tular itu, lelaki terbabit bersama anak-anaknya hadir ke kaunter Imigresen di Kuala Selangor kira-kira jam 3 petang.

Bagaimanapun selepas dimaklumkan sistem tidak berfungsi, lelaki itu kemudian pergi ke kaunter Imigresen di UTC, Seksyen 14 di sini kira-kira jam 4.30 petang hari sama.

Berdasarkan laporan yang dibuat, lelaki itu sekali lagi dimaklumkan sistem angka giliran sudah habis dengan hanya 200 nombor sahaja dikeluarkan sehari di kaunter Imigresen UTC itu.

Lelaki itu kemudian meminta anggota bertugas supaya meletakkan Notis Pemberitahuan secara rasmi berhubung ketetapan itu,” katanya.

Berlaku pertikaian di kaunter Jabatan Imigresen sebelum lelaki itu hilang kawalan lalu menendang tiang besi di situ.

Secara tiba-tiba seorang pegawai wanita Imigresen yang berada di belakang kaunter menjerit, menghentak meja, memaki hamun dan memberikan amaran tidak membenarkan lelaki itu dan keluarganya berurusan di Imigresen UTC pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim ketika dihubungi tadi, mengesahkan menerima laporan berhubung insiden itu.

“Siasatan mendapati tidak wujud unsur jenayah. Pengadu membuat laporan polis lebih kepada rasa tidak puas hati dengan layanan diberikan oleh petugas kaunter.

“Kes ini dirujuk kepada Jabatan Imigresen Selangor untuk siasatan dalaman pihak mereka,” katanya.

Baca :Wanita MeIayu kongsi Pengalaman berkahwin dengan negero ,segalanya berubah..

Artikel ini disiarkan pada 20/08/2022

COMMENTS

Wordpress (0)