Tular lelaki tidak dikenali membuat kecoh luar mahkamah semasa perbicaraan Najib

Tular lelaki tidak dikenali membuat kecoh luar mahkamah semasa perbicaraan Najib

lelaki tidak dikenali membuat kecoh luar mahkamah semasa perbicarann Najib .Seorang lelaki tidak dikenali membuat kecoh apabila meninggikan suara di pekarangan mahkamah ketika sedang berlangsungnya perbicaraan kes 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak, di Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

Kekecohan dan provokasi yang dibuat itu berlaku sekitar pukul 12.10 tengah hari dan kemudiannya ditahan polis bagi mengawal semula keadaan sebelum diiring keluar daripada kawasan mahkamah.

Difahamkan dia turut melakukan kekecohan di dalam kompleks mahkamah sebelum dihalau keluar dan melakukan kecoh di luar mahkamah.

Penyokong setia Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Said Nazar Abu Bakar yang turut berada di mahkamah menyatakan, lelaki tersebut yang tidak dikenali identitinya itu pastinya bukan dari kalangan penyokong Najib.

https://www.instagram.com/reel/Chq2cEvrJlR/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

 

Baca :Ini keadaan Rosmah Mansor selepas Najib dipenjara 

Artikel ini disiarkan pada 25/08/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca :Tular lelaki tidak dikenali membuat kecoh luar mahkamah semasa perbicaraan Najib […]