Tular seorang lelaki azan dalam tokong Cina

Tular seorang lelaki azan dalam tokong Cina

Tular seorang lelaki azan dalam tokong Cina. Polis mengesahkan menerima laporan kes tular seorang lelaki yang melaungkan azan di hadapan patung dalam sebuah tokong Cina di Bukit Mertajam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, terkesan satu video berdurasi 58 saat yang dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook ‘Akademi Penyelidikan Agama Dunia’ kira-kira pukul 2.30 petang

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 40-an dan tinggal di Jalan Kilang Ubi, Bukit Mertajam.

“Kejadian ini disyaki berlaku antara 26 hingga 27 Julai lalu di sebuah premis Pertubuhan Yulan Bukit Mertajam sempena festival sambutan Perayaan Hantu Lapar yang disambut Julai setiap tahun.

“Hasil keterangan saksi-saksi mengesahkan suspek seorang yang mempunyai masalah mental dan kurang siuman. Ini adalah kejadian kedua yang dilakukannya dan pertama pada tahun 2017,” katanya dalam satu kenyataan di sini lewat malam tadi.

Cheng San memberitahu lagi, masyarakat sekitar kawasan berkenaan kebanyakannya sudah mengenali suspek terbabit.

Justeru tambahnya, pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak menularkan apa-apa perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti dan memecah belahkan antara kaum serta agama dalam masyarakat di negara ini.

Terdahulu, video tular lelaki yang berkopiah putih tersebut telah mendapat 1,200 tontonan, 34 tanda suka dan 13 perkongsian setakat pagi ini.

 

BACA :Akibat Isteri Kongsi Penyata Gaji Suami Dalam Talian, Digantung Kerja

Artikel ini disiarkan pada 01/08/2022

COMMENTS

Wordpress (0)