Ubah lampin bayi terpakai jadi berkualiti tinggi

Ubah lampin bayi terpakai jadi  berkualiti tinggi

Lampin bayi dan kanak-kanak menyumbang jumlah sampah tahunan yang besar kepada dunia.

Menyedari keadaan itu, sebuah syarikat Perancis, Syarikat Energy Observer Solutions dan Les Alchimistes , mengambil inisiatif untuk mengitar semula lampin kanak-kanak, menjadi kompos berkualiti tinggi.

Syarikat yang berpangkalan di Paris itu menjelaskan, setiap tahun di Perancis, pengguna membeli dan membuang 3.5 bilion lampin.

Les Alchimistes kini memulakan usaha memulihkan bahan organik dan mengitar semula sampah itu untuk membuat kompos bernilai tinggi.

Lampin terpakai mewakili jumlah sampah yang besar, yang kebanyakannya berakhir dengan pembakaran.

Dalam tempoh dua tahun pertama, seorang bayi menggunakan purata dua sehingga lapan lampin sehari dan ia menghasilkan lebih daripada satu tan sampah.

Dalam sebuah rumah dengan seorang anak di bawah usia 2 tahun, lampin pakai buang menyumbang 40 peratus sampah isi rumah.

Pada permulaan, Les Alchimistes melihat sampah ini sebagai potensi.

Pakar buangan bio itu telah merancang proses mekanikal yang memulihkan bahan organik dari lampin terpakai dan mengubahnya menjadi kompos.

Projek itu dinamakan “Couches Fertiles”.

Di Seine-Saint-Denis, sebuah mesin memisahkan plastik daripada bahan organik, yang digabungkan dengan kayu dan tanah untuk dijadikan kompos.

Usaha ini telah dilakukan sejak 2019 dengan kerjasama lima taska di sekitar Paris.

Bagi Les Alchimistes, objektif jangka panjang adalah kesedaran semua pihak berkenaan kompos dan bekerjasama dengan rakan industri untuk membuat kompos daripada lampin terpakai.

Sumber: AA

Artikel ini disiarkan pada 08/02/2021

COMMENTS

Wordpress (0)