Untung lah Siti Jamumall dapat hadiah Lamborghini Huracán

Untung lah Siti Jamumall dapat hadiah Lamborghini Huracán

Untung lah Siti Jamumall dapat hadiah Lamborghini Huracán.Sangat terkejut dan tangan terketar-ketar.” Demikian reaksi pempengaruh media sosial atau influencer, Siti Jamumall yang mendapat hadiah kereta mewah Lamborghini Huracán bernilai RM1.5 juta sempena sambutan hari jadi yang ke-23, semalam.

Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia masih tidak menjangka dan seperti bermimpi menerima hadiah mewah itu daripada syarikat menjual produk berkonsepkan pendidikan Islam.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka malah jauh sekali terfikir akan mendapat hadiah mewah ini. Sebak dan tak terkata dibuatnya.

“Terima kasih kepada yang membuat kejutan ini pada sambutan hari jadi saya semalam. Ini akan menjadi kenangan dan sesuatu yang sangat berharga dalam diri,” katanya.

Menurut Siti Jamumall, hadiah itu juga bersempena pencapaian diraih apabila berjaya mencatat jualan produk syarikat itu lebih RM1 juta yang dibuat secara langsung di TikTok, baru-baru ini.

“Sebelum ini saya ada berkolaborasi dengan mereka (syarikat jualan). Jadi, ketika sesi live (langsung) di TikTok, dalam tempoh enam jam saya berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta. Bagi saya, ia memang sesuatu yang luar biasa.

“Sekarang saya juga adalah top 1 untuk ranking sale (kedudukan jualan) paling banyak dalam jangka masa singkat yang mana dalam tempoh satu jam live terus hit,” katanya.

Baca :Buah Harga RM3,000 Sekilogram, budak buat main je

Artikel ini disiarkan pada 02/09/2022

COMMENTS

Wordpress (3)
  • […] BACA :Untung lah Siti Jamumall dapat hadiah Lamborghini Huracán […]

  • Weifsheks 6 days

    Antabuse disulfiram is a highly- efficient prescribed medicine that induces undesirable negative effects when the client takes in liquor amazon priligy

  • Weifsheks 2 days

    7 Of note, third generation cephalosporins are usually not active against Chlamydia trachomatis azithromycin for std Cicatricial alopecia, the only comprehensive medical advice about its effectiveness of a serious form