[video] Struggle seorang ayah Jaga Baby Meragam Jadi Perhatian Netizen

Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya tidak sabar menanti detik kelahiran cahaya mata mereka.

Namun apa yang paling penting adalah kedua-dua pasangan harus bersedia untuk memikul tanggungjawab membesarkan cahaya mata mereka dengan sebaik mungkin.

Ibu dan bapa harus berganding bahu jaga anak-anak bersama

Tidak hanya bergantung kepada isteri untuk membesarkan anak-anak, bapa juga harus sama-sama berganding bahu mengambil peranan menjaga bayi mereka bersama.

 

@arasyi_25ampa ingat senang ke ? fyp lak ke ni😂. btw korang bosan tu boleh cuba install litmatch mana tahu jumpa kawan baru ❤️

♬ original sound – aisyahazizzz – ✨🌸aaisyahaziz_🌸✨

Namun begitu tidak dinafikan tugas bapa sebagai ketua keluarga yang mencari nafkah pastinya menjadikan batas waktu untuk mereka dengan keluarga.

Bagaimanapun, kehadiran bapa pasti sangat bukan sahaja untuk bayi namun turut diharapkan dari isteri supaya ada ruang isteri untuk berehat melepaskan lelah seketika.

Ragam bila ayah jaga anak

Tambahan pula jika isteri turut bekerja, jadi ada waktu tertentu bapa juga perlu bergilir menjaga anak ketika ketiadaan ibu bersama anak mereka.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok oleh saudara Arasyi Zubaidillah ini telah mencuti tumpuan ramai.

Beliau berkongsi satu video memaparkan dirinya menjaga bayi seorang diri ketika di dalam kereta.

 

Isterinya keluar seketika menghantar barang

Berdasarkan rakaman video berkenaan, isterinya keluar seketika untuk menghantar barang dan jadi bapa ini perlu mengambil alih tugas mengasuh anak mereka.

Namun begitu, sebaik sahaja si comel ini menyedari ketiadaan ibunya, kelihatan si comel ini sedikit terganggu.

 

Si ayah cuba bermacam cara supaya anaknya tidak meragam

Malah, setelah beberapa ketika, si comel ini dilihat mula meragam sehingga Arasyi terpaksa melakukan bermacam-macam perkara demi menenangkannya.

 

Apa yang menarik perhatian ramai adalah sebaik sahaja ibunya masuk ke dalam kereta, bayi tersebut terus senyap dan tidak meragam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan kecomelan bayi ini sepanjang berada dibawah jagaan bapanya itu.

 

Ditonton hampir 500,000 setelah dimuat naik 24 jam

Mereka turut mengakui bayi ini memang manja dengan ibunya dan pasti meragam apabila tidak nampak kelibat ibunya.

Perkongsian video ini juga telah berjaya meraih hampir 500,000 tontonan setelah 24 jam dimuat naik di aplikasi TikTok itu.

Sumber:https://www.yoy.my/video-ibu-sampai-terus-diam-aksi-lelaki-ini-struggle-jaga-baby-meragam-jadi-perhatian-netizen/

 

Artikel ini disiarkan pada 11/02/2021

COMMENTS

Wordpress (0)