Wanita Dedahkan ‘Sisi Gelap’ Bisnes Mesin Air

Wanita Dedahkan ‘Sisi Gelap’ Bisnes Mesin Air

Wanita Dedahkan ‘Sisi Gelap’ Bisnes Mesin Air.Sudah menjadi lumrah setiap individu pastinya mengharapkan bisnes yang diusahakan atau pelaburan yang dilaburkan meraih pulangan yang memberangsangkan.

Dalam pada itu, di sebalik bisnes yang menjanjikan pulangan keuntungan yang lumayan, terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mendapatkan mereka yang berminat untuk melabur dalam sesebuah bisnes.

Menerusi perkongsian TikTok @ppaaaeeeepappap, beliau telah mendedahkan bagaimana beliau seolah ‘terpedaya’ dengan sebuah syarikat Muslim serta 100% Bumiputera selepas melaburkan wang sebanyak RM66,000 untuk membeli mesin air beserta pakej ‘lokasi strategik’.

Kisahnya bermula apabila diterangkan mengenai potensi bisnes mesin air yang menjanjikan pulangan yang tinggi. Dimaklumkan mesin air yang dilaburkan bakal diletakkan di ruang pelepasan KLIA dan asrama lelaki UiTM Shah Alam sekaligus membuatkan beliau tertarik untuk melabur RM66,000.

Disangka mampu meraih pulangan yang tinggi, segalanya berubah apabila dimaklumkan mesin air beliau yang telah dibeli diletakkan di KLIA dan UiTM namun bukanlah pada lokasi yang dijanjikan.

Sebaliknya, mesin air beliau diletakkan di dalam perpustakaan UiTM Shah Alam yang sudah mempunyai mesin air oleh syarikat yang sama pada setiap tingkat. Lebih menyedihkan, mesin air beliau di KLIA sekadar diletakkan di pantri atau ruang makan staf KLIA yang sudah pastinya mempunyai bilangan potensi pembeli yang rendah.

Berdasarkan perkongsian, beliau telah ‘melabur’ sebanyak RM38,000 untuk membeli sebuah mesin air tin dan mesin air 3 dalam 1 untuk membuat kopi pada harga RM28,000.

Mengetahui mengenai lokasi yang ditempatkan, beliau turut meluahkan rasa tidak puas hati kepada syarikat berkenaan namun tidak banyak yang dapat dilakukan memandangkan kontrak yang dipersetujui hanyalah melibatkan mesin dan bukannya perletakan lokasi mesin air.

Syarikat turut memaklumkan pihak mereka sedia membuat kontrak baharu apabila kontrak yang sudah dipersetujui tamat kelak.

Berdasarkan perkongsian, beliau telah ‘melabur’ sebanyak RM38,000 untuk membeli sebuah mesin air tin dan mesin air 3 dalam 1 untuk membuat kopi pada harga RM28,000.

 

Perkongsian yang dibuat jelas membuka mata netizen. Malah, terdapat para netizen yang berterima kasih terhadap perkongsian yang dilakukan khususnya buat mereka yang berminat untuk menjalankan bisnes mesin air.

Baca :Lelaki Curi Anak Singa Dalam Zoo, sekali lain yang jadi

Artikel ini disiarkan pada 31/08/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca :Wanita Dedahkan ‘Sisi Gelap’ Bisnes Mesin Air […]