Wanita ini tetap kahwini bekas suaminya, tak serik turun naik mahkamah

Wanita ini tetap kahwini bekas suaminya, tak serik turun naik mahkamah.Perpisahan dalam sesebuah hubungan antara ‘moment’ paling tragis buat tiap pasangan suami isteri di luar sana, baik berpisah hidup atau berpisah disebabkan kematian.

Susulan hal itu, tidak dinafikan pasti ada yang memilih untuk tidak membuka hati untuk sesiapa lagi kerana enggan peristiwa lama berulang kembali.

Anak saksi hari bahagia suami isteri
Walaubagaimanapun, lain pula kisah yang dilalui oleh wanita ini apabila dia memilih untuk bersama suaminya lagi walaupun telah diceraikan suatu ketika dahulu.

@naizatulsyifaaKisahnya dah naik turun mahkamah tapi tetap dengan orang yang sama. Hebat perancangan Allah 🥺🤍✨Alhamdulillah done jadi bini balik 😂Doa yang baik baik

♬ suara asli – Alpriani Tini 🌼 – AlprianiTini

Dia bernama Naizatul Syifa menerusi perkongsiannya, merakamkan ‘moment’ sekitar sesi akad nikahnya dan suami secara tertutup sahaja.

Wanita ini tetap kahwini bekas suaminya, tak serik turun naik mahkamah

Turut menjadi saksi hari paling bermakna itu adalah anak perempuannya yang sedang duduk di atas riba si ibu.

Kerap turun naik mahkamah
Menerusi kapsyen yang ditulis, difahamkan dia dan pasangan sudah berulang kali turun naik mahkamah, namun tetap pilih untuk rujuk kembali atas asbab yang tidak diberitahu.

“Alhamdulillah, tahniah buat kedua-duanya…”
Namun begitu, perkongsiannya meraih ribuan ucapan tahniah dan tak kurang juga yang mendoakan kebahagiaan buat Naizatul di samping suami dan anaknya selepas ini.

BACA JUGA : Pemuda ini dedah teknik menipu yang biasa dibuat dalam pertandingan memancing

Mudah rupanya buka akaun ASB tanpa susah payah, 5 minit je siap!

Facebook dan Instagram bakal ditutup?

Artikel ini disiarkan pada 11/02/2022