Wanita Kantoi Selamba Buang Air Kecil Dalam MRT

Wanita Kantoi Selamba Buang Air Kecil Dalam MRT

Wanita Selamba Buang Air Kecil Dalam MRT.nsiden ini berlaku pada Isnin, 29 Ogos lalu dalam kereta api laluan Utara-Selatan menuju ke stesen MRT Jurong East apabila orang ramai menyaksikan seorang wanita, yang kelihatan mabuk, terbaring melintang di tiga tempat duduk kereta api.

Ketika kereta api dalam perjalanan antara stesen MRT Choa Chu Kang dan Bukit Gombak, wanita ini, yang kelihatan seperti berusia lewat 20-an, tiba-tiba berdiri dan berjalan melalui tiga kabin kereta api, meninggalkan satu begnya.

Dia tidak memakai pelitup muka dan batuk dengan kuat.

Wanita Kantoi Selamba Buang Air Kecil Dalam MRT

Apabila dia tiba di kabin ketiga, dia pergi ke salah satu tempat duduk, menurunkan seluar dalamnya dan mencangkung untuk membuang air kecik. Tindakan beliau telah menyebabkan semua penumpang terkejut.

Selepas itu, wanita itu turun di stesen MRT Jurong East dan memutuskan untuk duduk di tangga eskalator menuju ke bawah – hanya berganjak apabila seorang lelaki menawarkan bantuan untuk beliau naik ke atas.

Apabila dihubungi oleh AsiaOne, SMRT menasihatkan penumpang supaya melaporkan sebarang tingkah laku, beg atau bungkusan yang mencurigakan dengan segera kepada kakitangan mereka.

Mengikut Peraturan-Peraturan Kesihatan Awam Persekitaran (Pembersihan Awam), adalah menjadi kesalahan untuk membuang air kecil atau membuang air besar “di dalam atau di mana-mana jalan, arked, tanah kosong, sungai, terusan, parit, longkang atau saluran air atau di mana-mana tempat yang dilalui oleh orang ramai.“

BACA:

Caj parkir kereta cekik darah RM89 sehari

Artikel ini disiarkan pada 02/09/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Wanita Kantoi Selamba Buang Air Kecil Dalam MRT […]