Wanita kongsi 11 Tahun ‘Ketagih’ Makan Sabun Serbuk

Wanita kongsi 11 Tahun ‘Ketagih’ Makan Sabun Serbuk

Wanita kongsi 11 Tahun ‘Ketagih’ Makan Sabun Serbuk. Sudah menjadi lumrah buat manusia untuk menjamah makanan atau minuman yang enak dan dilihat mengiurkan. Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila wanita ini mendedahkan beliau sudah 11 tahun ‘ketagih’ untuk makan sabun serbuk.

Menerusi perkongsian TikTok @zakiraaa.4, beliau mengakui mempunyai tabiat yang pelik apabila mencium bau sabun yang wangi di mana beliau cenderung untuk memakannya.

Perkongsian yang dibuat jelas menarik perhatian netizen selepas beliau mahu mendapatkan tip daripada orang ramai cara-cara untuk beliau menghentikan tabiat tidak sihat itu.

Bukan itu sahaja, para netizen juga nyata terkejut apabila terdapat manusia yang mempunyai selera yang aneh seperti memakan sabun serbuk. Terdapat netizen yang mempermainkan beliau namun tidak kurang juga netizen yang mencadangkan agar beliau bertemu dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

@zakiraaa.4♬ suara asli – Elvis Trajabitu – Yuyushop1718

BACA:

Najib titip pesanan akhir kepada keluarga buat netizen sebak

Ini rupanya penjara untuk VIP yang ramai nak tahu

Artikel ini disiarkan pada 24/08/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Wanita kongsi 11 Tahun ‘Ketagih’ Makan Sabun Serbuk […]