Wanita Nekad Batal Majlis Kahwin,Bakal Suami Cakap Duit Hantaran Tak Cukup

Wanita Nekad Batal Majlis Kahwin,Bakal Suami Cakap Duit Hantaran Tak Cukup

Wanita Nekad Batal Majlis Kahwin,Bakal Suami Cakap Duit Hantaran Tak Cukup.Sikap acuh tak acuh seorang lelaki dipercayai menjadi punca utama seorang wanita bertindak membatalkan perkahwinan mereka walaupun majlis tersebut bakal berlangsung dua minggu lagi.

Menerusi video pendek dikongsi seorang wanita dikenali sebagai Anna Shaa di laman TikTok, menceritakan sikap bakal suaminya yang sambil lewa menyediakan wang hantaran sehingga memaksa dia membatalkan majlis tersebut yang dijadual berlangsung pada 25 Jun ini.

Dakwa wanita ini lagi, bakal suaminya seolah-olah tidak ‘mampu’ menanggung segala perbelanjaan dan menerusi beberapa mesej yang dikongsi dia menjelaskan pihak lelaki menjadi punca mengapa dia berbuat demikian.

Lagi dua minggu majlis duit tak sampai dekat tangan. Berbual lebih nak kahwin percuma mungkin.

Kalau tak mampu jangan berbual macam orang ada-ada. Belajar jadi diri sendiri dan terima kenyataan hidup sebenar.

Beras beli pakai duit, bukan pakai jari. Ikutkan hati nak jer saman nasib tak edar kad perkahwinan lagi.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut ditonton hampir 60k tontonan dan meraih pelbagai respon daripada warganet yang turut mendoakan supaya dia terus cekal dengan apa yang terjadi.

https://vt.tiktok.com/ZSdGqUSgV/?k=1

Baca :Penjual jam tangan mewah bernilai RM500K di rompak

 

 

Artikel ini disiarkan pada 09/06/2022

COMMENTS

Wordpress (0)