Wanita terjatuh banggunan sambil dakap al-Quran

Wanita terjatuh banggunan sambil dakap al-Quran

Wanita terjatuh apartmen sambil dakap al-Quran.Penduduk di sebuah apartmen di Lilitan Sungai Ara, Bayan Lepas di sini gempar dengan kejadian seorang wanita yang ditemui terjatuh dari tingkat 19 bangunan terbabit dalam keadaan mendakap senaskah al-Quran pagi tadi.

Mangsa berusia dalam lingkungan 30-an itu dijumpai dalam keadaan mengiring dan sedarkan diri di tempat letak kenderaan di aras empat perumahan berkenaan kira-kira pukul 11.45 pagi.

Difahamkan, mangsa yang sudah berumah tangga itu dikatakan bertindak terjun dari unit kediamannya

Mangsa ditemui dalam keadaan separuh sedar oleh orang awam sebelum menghubungi pasukan bomba dan polis untuk tindakan lanjut.

Usaha membantu mengangkat mangsa dilakukan pasukan St. John Ambulans.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapat rawatan.

Baca :Harap ada khabar gembira untuk penjawat awam 30 Ogos ini -Cuepacs

Artikel ini disiarkan pada 13/08/2022

COMMENTS

Wordpress (0)