Wanita Terkejut nikah dalam Malaysia, tapi tidak sah yang di urus agamawan

Wanita Terkejut nikah dalam Malaysia, tapi tidak sah yang di urus agamawan

Wanita Terkejut nikah dalam Malaysia, tapi tidak sah yang di urus agamawan.Alangkah terkejut seorang wanita apabila pernikahannya dengan suami rupa-rupanya tidak sah, selepas dia bertanya hal tersebut di pejabat agama.

Menerusi perkongsian peguam syarie Suriati Ghani berkata, perkara itu dimaklumkan oleh seorang wanita yang menghantar mesej peribadi kepadanya bagi mencari jalan penyelesa

Dia baru tahu nikahnya tidak sah setelah bertanya di pejabat agama. Pernikahan itu diuruskan sendiri oleh suami dan kawan-kawan lelaki tersebut yang bukan orang biasa tetapi agamawan.

Ia dijalankan di dalam negara tetapi tanpa kebenaran pejabat agama. Tidak menggunakan wali nasab dan tiada juga lafaz wakil wali di antara wali nasab dengan jurunikah,” katanya pada hantaran Facebook.

Dalam pada itu, Suriati menjelaskan, sekiranya wali masih hidup tetapi tidak boleh untuk menikahkan atas sebab tertentu, mereka boleh mewakilkan kepada jurunikah sebagai wakil wali untuk dinikahkan.

Katanya, sebab tertentu itu seperti wali tidak yakin untuk menikahkan atau tidak dapat hadir semasa akad nikah disebabkan uzur, berada di tempat jauh atau mempunyai hal lain perlu diuruskan.

“Wakilkan itu boleh secara bersemuka, boleh juga secara panggilan. Sebaiknya ada saksi mendengar dan ada lafaz memberi serta menerima wakalah.

“Jika nikah tanpa kebenaran pejabat agama dan dijalankan dalam negara serta bukan wali nikahkan atau tiada wakil wali, maka nikah itu tidak sah,” katanya

Baca :Uncle kongsi tip Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!

Artikel ini disiarkan pada 21/08/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca:Wanita Terkejut nikah dalam Malaysia, tapi tidak sah yang di urus agamawan […]