Wany Hasrita terkejut didakwa sudah bernikah ,Siapa cakap?

Wany Hasrita terkejut didakwa sudah bernikah ,Siapa cakap?

Wany Hasrita terkejut didakwa sudah bernikah ,Siapa cakap? “Memang tidaklah! Siapa yang cakap? Saya masih belum berkahwin lagi.”

Demikian respons terkejut yang diberikan oleh penyanyi Wany Hasrita apabila diajukan soalan tentang khabar angin yang mendakwa dirinya telah pun selamat bernikah bersama seorang lelaki pada Sabtu lalu.

Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah mendakwa tidak tahu-menahu tentang khabar angin yang mengatakan dirinya sudah pun bernikah pada Sabtu lalu dan terkejut tentang perkara tersebut.

“Tak adalah (berkahwin). Belum masanya lagi. Setiap orang ada perancangan untuk berkahwin termasuk, tetapi bukan dalam masa terdekat,” katanya.

Sewaktu ditebak sama ada pelantun lagu Menahan Rindu itu akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini, Wany hanya ketawa bagi menjawab soalan tersebut.

“Insya-Allah, kalau ada jodoh dalam tahun ini,” jawabnya ringkas.

Wany Hasrita terkejut didakwa sudah bernikah ,Siapa cakap?

Kata Wany, dia terkejut apabila timbul khabar angin mengatakan dirinya sudah berkahwin pada Sabtu lalu, sedangkan ketika itu dia sedang mengacarakan sebuah program televsiyen tersebutan RTM.

“Sebetulnya Sabtu lalu saya terlibat sebagai pengacara untuk program Borak Dulu Baru Buka di Angkasapuri. Jadi mana datangnya cerita saya sudah berkahwin?” jelasnya.

Bercakap lebih lanjut, Wany yang ditemui selepas majlis Malam Media dan Berbuka Puasa Bersama Armani Ertertainment di Hotel Hilton, Kuala Lumpur malam tadi memberitahu dia sudah pun menghadiri kursus perkahwinan sejak tahun lalu lagi.

“Setakat ini saya tidak ada buat sebarang persediaan. Tunggu sahaja bila kad perkahwinan akan diedarkan, tarikh sudah dimuktamadkan dan tempat sudah ditetapkan, saya akan berkongsinya bersama media.

“Cuma buat masa ini, saya tidak boleh berkongsi apa-apa dan bercakap lebih kerana banyak hati yang perlu dijaga dan mahu menjaganya sehingga jadi (selamat bernikah),” kata Wany yang mengambil pendekatan untuk merahsiakan identiti bakal suaminya itu.

Pada masa sama, Wany memaklumkan perhubungan dengan lelaki berkenaan memang bertujuan ke arah pernikahan memandangkan usianya kini sudah pun mencecah 30 tahun.

“Sebetulnya niat kami berkawan memang untuk ke arah pernikahan. Usia saya juga bukan muda lagi, sudah memasuki 30 tahun.

“Niat kena betul. Berkawan untuk berkahwin. Berkahwin untuk ke syurga bersama-sama. Sampai masa nanti saya beritahu semua,” ujarnya.

Sekitar Januari lalu, timbul khabar angin tentang kad undangan perkahwinan Wany didakwa telah tersebar, namun dinafikan olehnya.

Kata Wany, perkara baik seperti perkahwinan tidak mungkin disembunyikan dan andai benar waktu sudah tiba, perkara tersebut akan dikongsikan kepada semua termasuk pihak media.

BACA:

Wow! Yamaha 125zr Movistar kini dijual RM95,000, terhad 5k unit sahaja

Gedebuk gadis jatuh kuda masa “photoshoot”, bakal suami buat sesuatu di luar jangkaan

Kecoh lelaki pukul orang tua, akhirnya berjaya ditangkap dan dibelasah orang ramai

Artikel ini disiarkan pada 07/04/2022

COMMENTS

Wordpress (0)