Warga emas dedah perkara Sebenar kenapa dia tidak mandi sejak 22 tahun yang lalu…

Warga emas dedah perkara Sebenar kenapa dia tidak mandi sejak 22 tahun yang lalu…Seorang warga emas mendedahkan sebab beliau tidak mandi sejak 22 tahun yang lalu kerana telah berikrar sehingga keganasan terhadap wanita, pertikaian tanah dalam kalangan lelaki, dan pembunuhan haiwan yang tidak bersalah dihentikan.

Walaupun tidak mandi lelaki 62 tahun dari Bihar New Delhi ini tidak diejek atau dipersoalkan orang sekitarnya malah menghormati keputusan beliau.

“Semua orang terdekat tahu tabiat Dharamdev Ram tetapi tiada siapa yang mengejek atau mempersoalkannya,” lapor Oddity Central.

Ram terus berpegang dengan ikrarnya itu selagi matlamatnya belum tercapai.

Pada 1975, Ram bekerja di sebuah kilang di Jagdal, Bengal, dan berkahwin pada 1978 serta menjalani kehidupan normal.

Bagaimanapun pada 1987, Ram menyedari konflik pertikaian tanah, pembunuhan haiwan, dan kekejaman terhadap wanita mula meningkat.

“Bagi mencari jawapan, saya mendekati seorang ‘Guru’ yang mengambil saya sebagai muridnya dan beliau memberi inspirasi untuk mengikuti jalan pengabdian. Sejak itu, saya menuju ke jalan pengabdian dan mula bermeditasi,” katanya.

Bermula pada 2000, Ram berjanji untuk menahan diri daripada mandi.

Malah, Ram juga berhenti kerja di kilang sebelum kembali bekerja di tempat lain kerana tekanan daripada keluarganya sendiri.

Malangnya, Ram dipecat selepas tabiatnya yang tidak mandi diketahui menyebabkan dia menganggur.

Isteri Ram, Maya Devi, meninggal dunia pada 2003.

Beberapa tahun kemudian, seorang anak lelakinya meninggal dunia namun dia tidak melanggar ikrar dan terus dengan tabiat sama.

Wartawan berkunjung ke Baikunthpur, di daerah Gopalganj Bihar untuk menemubual Ram dan beberapa penduduk tempatan, yang semuanya mengesahkan dia tidak mandi lebih dua dekad.

Baca :Abon dedah kisah selepas jadi juara Maharajalawak pertama ,ramai tak tahu

Artikel ini disiarkan pada 04/08/2022

COMMENTS

Wordpress (0)