Wow! Pengantin selamba bersanding dalam mall

Pengantin selamba bersanding dalam mall. Kebiasaannya, majlis persandingan akan diadakan di dewan ataupun hotel
Perkara itu disebabkan tetamu undangan yang ramai dan perlukan keselesaan. Pelbagai juga inisiatif pengantin untuk mengadakan majlis persandingan di taman, vila dan sebagainya.
Namun, baru-baru ini tular di TikTok yang memaparkan pengantin mengadakan majlis sanding di sebuah shopping mall telah mencuri tumpuan.
Konon ingatkan majlis sanding, rupa-rupanya expo majlis perkahwinan
Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin sedang duduk di atas pelamin yang terletak di tengah-tengah shopping mall.
@aleyyaaaa____ Ade yang teringin nak macam nie ??π€£#fyp #abcxyz #foryou β¬ original sound – π·ππππππππππ
Pasangan pengantin itu siap mempunyai pengapit yang mengipaskan mereka. Rupa-rupanya, itu bukanlah majlis persandingan yang betul. Namun, itu hanya model pengantin yang berada di expo perkahwinan yang dipercayai di Aeon Melaka.
“Guys yang tu model je untuk event dekat Aeon Melaka”, komen Netizen.
“Selamat menjamu selera kat foodcourt ye semua” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih 500K tontonan, 51K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut tertipu dengan video berkenaan.
BACA JUGA:Β Shuk Sahar dalam kesusahan, hasrat untuk jual rumah teruskan hidup
Tabiat pelik kambing ini tarik perhatian netizen
Kaw-Kaw Ajai bagi dekat Iqbal βKena jaga maruah kamu, bakat tak boleh beli dengan duitβ
Artikel ini disiarkan pada 16/02/2022