Wow! Yamaha 125zr Movistar kini dijual RM95,000, terhad 5k unit sahaja

Wow! Yamaha 125zr Movistar kini dijual RM95,000, terhad 5k unit sahaja

Wow! Yamaha 125zr Movistar kini dijual RM95,000, terhad 5k unit sahaja. Selepas tular kisah seorang pemuda berjaya menjual motosikal Yamaha RXZ dengan harga mencecah RM62,000 dalam tempoh 24 jam, kini harga Yamaha 125zr pula mencuri tumpuan orang ramai.

Sebelum ini, Yamaha 125zr diperkenalkan di pasaran tempatan secara rasmi pada Julai 2003 dan mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda terutamanya.

Wow! Yamaha 125zr Movistar kini dijual RM95,000, terhad 5k unit sahaja.

Setelah Yamaha membuat pengeluaran terakhir bagi jenis motosikal tersebut pada tahun 2018, namun ia masih mempunyai peminat yang ramai sehingga kini.

Ads by Kiosked
Terbaru, tular di media sosial apabila seorang pengguna dengan nama Zack Bangi ingin menjual sebuah motosikal Yamaha 125zr Movistar dengan harga melebihi RM90,000.

“125zr Movistar keluaran terhad nak dijual, buka harga RM95,000. Siapa beli dia memang ‘king’, semua orang hormat,” tulisnya.

Iklan yang dikongsikan di portal Jual Beli Barang Yamaha 125zr dan RXZ Malaysia di Facebook telah berjaya menarik perhatian orang ramai.

Difahamkan, model keluaran tersebut hanya ditawarkan sebanyak 5,000 unit sahaja sekali gus menjadikannya sebagai koleksi ‘rare’ dan bernilai.

“Model jenis ini ada 5,000 unit sahaja di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi.

“Mahal betul, baik beli sebuah kereta baru, siap bumbung,” kata Che Shahrul.

“Kalau saya tukar dengan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux boleh tak,” ujar Muhd. Saiful Zahar.

“Seriuslah harga motosikal mahal macam ini, barang semua original ka pakai,” tulis Fakhrul96.

Berita Lain:

Anggota polis maut kemalangan

Wow! Pengantin selamba bersanding dalam mall

Datin Alyah akui rimas jalan pegang tangan dengan Tok Ram

Artikel ini disiarkan pada 17/02/2022