Yakinnya kamu akhirnya tahan malu kerana silap sendiri

Yakinnya kamu Akhirnya tahan malu kerana silap sendiri. EK kerana terlalu yakin, seorang penjaga gol tidak sabar-sabar meraikan kejayaan selepas bola daripada pasukan lawan mengenai palang gawang.
Selepas menyaksikan bola hasil hantaran penalti pasukan lawannya terkena palang, penjaga gol tersebut berlari dengan gembira untuk meraikannya dengan rakan sepasukan yang lain ke tengah padang.
Namun malangnya, bola tersebut kemudian melantun dan memasuki gawang, menyaksikan pasukan lawan memperoleh skor.
Penjaga gol malang itu tidak dapat menahan malu kerana ‘menghadiahkan’ jaringan untuk pasukan lawan, dek kerana kesilapan sendiri.
Seorang penyokong yang berdiri di belakang gawang berjaya merakam detik tersebut dengan sempurna dan kemudian menghantar rakaman itu kepada Soccer AM untuk disiarkan di saluran media sosial mereka.
It went from 😫 to 🥳 REAL QUICK! 🤣 pic.twitter.com/UgLFRp5VU9
— Soccer AM (@SoccerAM) May 26, 2022
BACA:
Hamzah dedah sebab Zuraida masuk PBM
PBM sahkan sudah terima permohonan Zuraida
Kantoi Bercumbu, Rupanya Kekasih Syafi Tee “Bukan Perempuan”
Artikel ini disiarkan pada 27/05/2022