Panas!!! Zahid nafi tinggal komen di FB Muhyiddin

Panas!!! Zahid nafi tinggal komen di FB Muhyiddin

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau meninggalkan komen berbentuk hinaan pada hantaran Facebook Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahmad Zahid menegaskan, cercaan yang tular di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp itu adalah fitnah.

 

 

“Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut,” katanya di laman Facebook beliau pada malam Selasa.


Sejak akhir-akhir ini, kemunculan Perdana Menteri di media sosial banyak menarik perhatian warganet dengan sesetengahnya membuat komen berbentuk kecaman yang tidak wajar.

Kecaman turut dilontarkan pengguna media sosial dalam akaun Facebook Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika Perdana Menteri melakukan lawatan rasmi ke Indonesia pada minggu lalu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, beliau percaya ada pihak yang sengaja meninggalkan komen biadab dengan menggunakan nama dan gambar profilnya bersama niat yang jahat.

Ahmad Zahid berkata, mungkin ada pihak menyunting imej komen berkenaan dan mengubah suai untuk menunjukkan seolah-olah beliau yang menulis komen berbentuk cercaan kepada Muhyiddin.

“Tindakan seperti itu jauh daripada amalan dan prinsip hidup saya. Kita perlu berbudi bahasa dengan semua meskipun berbeza pendirian politik.

“Saya menggesa pihak yang berbuat demikian supaya menghentikannya,” kata Ahmad Zahid dengan mengakhiri kenyataannya itu dengan tanda pagar #MCMC, #KKMM.
Artikel Penuh : SH

Artikel ini disiarkan pada 10/02/2021

COMMENTS

Wordpress (0)