Zara Zya akan umumkan siapa lelaki berjaya tawan hatinya

Zara Zya akan umumkan siapa lelaki berjaya tawan hatinya

Zara Zya akan umumkan siapa lelaki berjaya tawan hatinya.Pelakon Zara Zya, 37, hanya menunggu masa yang tepat untuk mengumumkan siapakah jejaka yang bakal dikahwininya.

Zara berkata, perkahwinan adalah sasaran seterusnya selepas dia berjaya dalam bidang seni dan perniagaan.

“Tunggu, sabar. Saya nak simpan dulu. Bila sudah tepat pada waktunya, keluar.

“Tak naklah macam sebelum ini. Orang keluarkan gosip, sampai sekarang orang berteka-teki dan mendoakan saya.

“Alhamdullilah, orang mendoakan yang terbaik dan sentiasa menanti siapakah gerangannya. Jadi, biar orang tertunggu dulu, sampai masa saya terus umum,” katanya sewaktu ditemui di Karnival Jom Heboh, di sini, hari ini.

Zara tidak mengiyakan atau menafikan sama ada jejaka terbabit adalah orang dalam industri hiburan.

Bagaimanapun, menurutnya jejaka itu bukan sesiapa yang pernah digosipkan dengannya.

“Siapakah dia, tunggu. Belum lagi kisahnya keluar di media sosial. Saya berjaya menyimpan mengenainya. Ramai orang petik yang orang itulah, inilah, tetapi tidak!” katanya.

Terdahulu, Zara juga turut dikaitkan dengan pelawak, Shuib apabila video yang dimuat naik di media sosial bersama pelawak terbabit menjadi tular.

Menerusi perkongsian itu, dia memohon agar netizen berhenti menjodohkan dia dengan Shuib yang mempunyai kehidupan sendiri.

Selain Shuib, dia juga pernah di’kenenkan’ dengan rakan baiknya iaitu usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa.

Zara membuat penampilan di Jom Heboh sempena mempromosikan drama lakonan terbarunya berjudul Risik Pada Hati. Drama untuk slot Akasia TV3 itu turut dibintangi Alif Satar dan Ummi Nazeera.

Baca :Bad Indigo, Ashira Aziz sah bercerai

Artikel ini disiarkan pada 26/06/2022

COMMENTS

Wordpress (2)
  • Weifsheks 2 weeks

    generic cialis vs cialis Standard infection control measures and droplet precautions are indicated for patients diagnosed with C psittaci infection

  • Weifsheks 7 days

    stromectol buy europe Amato G, Conte M, Mazziotti G, Lalli E, Vitolo G, Tucker AT, Bellastella A, Carella C, Izzo A