Zul Ariffin Dan Ruhainies buat hal lagi netizen syak dah kahwin senyap – senyap

Zul Ariffin Dan Ruhainies buat hal lagi netizen syak dah kahwin senyap – senyap .Bukan kali pertama diperkatakan, baru-baru ini tular video memaparkan aksi mesra aktres Ruhainies dengan aktor berbadan sasa, Zul Ariffin.

Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok, terlihat momen dimana Zul memegang lengan Ruhainies dan seolah berbisik sesuatu sebelum berlalu pergi.

Difahamkan Ruhainies dan Zul Ariffin menghadiri majlis Ralph Lauren, kedua-dua mereka sedang sibuk bergambar dengan peminat.

Video tular itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan ada yang membuat spekulasi kedua pelakon itu sudah berkahwin.

Hujung tahun lalu, Kelab Peminat Zul Ariffin (ZAFC) tampil menyangkal dakwaan bahawa pelakon berbadan sasa itu sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang selebriti wanita.

Baca :Warga emas dedah perkara Sebenar kenapa dia tidak mandi sejak 22 tahun yang lalu…

Artikel ini disiarkan pada 04/08/2022

COMMENTS

Wordpress (0)